Thursday, 15 August 2013

Finally! Day 1 with ROSEN ASIA PACIFIC

Alhamdulillah.. finally!

Allah have given me a way for my next career path and opefully this is the long term employment.

Day 1 had passed smoothly. Woke up early in the morning, moce to office, report duty to human resources department, meeting department manager and the team, training etc2..

Fuhhh...exhausted.. not so much to do today since still not received my lappy as promised. No problemo.. tomorrow will be.......errmmm.. I don't know..hihi..

The most important thing is, im happy with this kind of working environment.  Hopefully it will remain as it is.

Regards,
Zai

Saturday, 3 August 2013

Nabi Muhammad s.a.w seorang yg pemaaf!

Amalan Meminta Maaf Perlu Jadi BudayaMENJADI seorang yang memiliki sifat pemaaf amat dituntut oleh Islam. Ia bukan sahaja menonjolkan peribadi muslim yang berakhlak mulia dan berbudi pekerti tinggi, malah turut mencerminkan keindahan Islam sebagai agama samawi (agama wahyu ILAHI) yang meraikan fitrah kejadian manusia.Hakikatnya, ungkapan ‘maaf’ amat mudah diucapkan, tetapi sebenarnya amat sukar untuk dipraktikkan.

Di dalam al-Quran, ALLAH menjelaskan bahawa perbuatan meminta dan memberi maaf adalah antara amalan mulia yang melayakkan seseorang muslim mendapat ganjaran yang tinggi di sisi-NYA:Terimalah kemaafan dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) daripada orang yang jahil. - Surah al-A‘raf : 199Sesungguhnya sifat pemaaf ini memang telah sebati dalam jiwa dan akhlak Rasulullah.

Melalui sirah kehidupan baginda, dapat dilihat bahawa apa sahaja celaan dan cabaran hebat yang dihadapi, terutama ketika dipulau serta dihalau dari bumi Mekah, tidak sekali pun diambil endah.Malah, baginda membalas kesemua perlakuan buruk itu dengan layanan terbaik kepada individu yang menyakitinya.

Ini terbukti apabila baginda berjaya membuka kota Mekah. Maka, sebagai pemerintah yang sentiasa mendapat petunjuk daripada ALLAH, baginda tidak sesekali membalas apa juga keburukan yang telah diterimanya suatu ketika dahulu.

Sifat sabar dan pemaafnya Rasulullah dapat dilihat secara jelas. Antaranya apabila Rasulullah dihina oleh penduduk Ta’if yang tidak mahu menerima kedatangan baginda ke tempat mereka untuk tujuan menyebarkan dakwah.Rasulullah telah dibaling batu oleh sekumpulan kanak-kanak sehingga datang malaikat lalu menawarkan kepada baginda untuk memusnahkan mereka yang melampau itu. Dengan penuh sabar, Rasulullah menolak tawaran tersebut, sebaliknya berdoa kepada ALLAH agar penduduk tersebut diberikan hidayah-NYA. Selain sifat sabar, peristiwa ini turut membuktikan bahawa Rasulullah memiliki sifat pemaaf yang mulia.

Sifat pemaaf inilah merupakan antara aset penting yang menyebabkan Rasulullah dipandang mulia oleh masyarakat Arab pada zaman tersebut, meskipun sebahagian mereka menolak ajaran Islam yang dibawa baginda.Ketinggian peribadi Rasulullah ini bersesuaian dengan tujuan baginda diutuskan ke dunia iaitu untuk menyempurnakan akhlak umat manusia. ALLAH telah memperakui ketinggian budi pekerti Rasulullah yang wajib dicontohi oleh umat Islam di dalam al-Quran:32Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu, (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) ALLAH dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak mengingati ALLAH. - Surah al-Ahzab : 21Sabda Rasulullah juga menjelaskan perkara ini:Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.- Hadis riwayat AhmadDalam konteks kehidupan masa kini, amalan meminta maaf dan sifat pemaaf perlu disemai pada diri setiap individu muslim.

Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menyemai nilai murni ini pada diri anak-anak agar ia mudah dipraktikkan dalam kehidupan harian.Perasaan malu untuk mengaku kesalahan sendiri akan menjadikan amalan meminta maaf lenyap dari dalam diri seseorang muslim. Inilah fenomena yang amat membimbangkan apabila manusia sentiasa berada dalam zon selesa, merasakan kesalahan sebagai perkara biasa, sambil mengetepikan hak dan perasaan orang lain.

Sikap mudah rasa bersalah walaupun atas perkara-perkara remeh perlu ditanam dalam diri setiap individu muslim. Hakikatnya, tanpa sikap maaf-memaafi antara satu sama lain, kehidupan manusia akan terus dibelenggu dengan pelbagai masalah, khususnya yang berkaitan aspek kehidupan bermasyarakat.Tidak dinafikan, amalan meminta maaf dan sifat pemaaf berkait rapat dengan ego manusia yang sememangnya tergolong dalam kategori nafsu yang sentiasa mengarah kepada keburukan.

Mana mungkin seseorang yang bersalah sanggup berdepan dengan pihak yang teraniaya dan meminta maaf kepadanya jika ego masih menebal dalam diri.Sebenarnya, amalan meminta maaf dan sifat pemaaf juga mempunyai kaitan dengan sifat sabar. Melalui sifat sabar, ego dapat ditundukkan. Maka, lahirlah perasaan mudah untuk meminta maaf dan memberi kemaafan kepada pihak lain.Tanpa kesabaran yang tinggi dalam mendepani apa juga masalah serta cabaran, maka manusia akan jauh daripada amalan meminta maaf dan sifat pemaaf.

ALLAH telah mengingatkan kita betapa pentingnya sifat sabar dalam diri setiap muslim menerusi firman-NYA:Maka bersabarlah dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya. - Surah al-Ma‘arij : 5Dan bersabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya ALLAH bersama orang yang sabar. - Surah al-Anfal : 46Amalan meminta maaf dan sifat pemaaf seharusnya menjadi budaya dalam kehidupan seharian bagi mereka yang bergelar muslim sejati.

Janganlah menjadikan amalan murni ini sesuatu yang bermusim sahaja. Ia satu tanggapan yang kurang tepat jika kita hanya mengamalkannya apabila menjelang hari raya yang tiba setahun sekali.Seharusnya amalan meminta maaf dan sifat pemaaf menjadi satu budaya bagi rakyat negara ini yang hidup dalam masyarakat majmuk.

Bagi orang Islam, sifat murni ini perlu dipraktikkan sama ada kepada sesama muslim mahupun mereka yang berlainan agama.Sesungguhnya setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dalam menjalani kehidupan di dunia yang penuh dengan keseronokan dan tipu daya.

Firman ALLAH:Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. - Surah Ali ‘Imran : 185Hakikatnya, amalan meminta maaf dan sifat pemaaf tidak tertumpu kepada golongan tertentu sahaja. Amalan meminta maaf bukan hanya amalan hamba terhadap tuannya, pekerja terhadap majikannya, murid kepada gurunya, rakyat kepada pemerintah, golongan muda kepada golongan tua.Bahkan, ia sebenarnya merupakan amalan yang dituntut kepada sesiapa sahaja yang melakukan kesilapan, tanpa mengira darjat dan pangkat. Malah, jika ibu bapa ada melakukan kesilapan kepada anak-anak, maka amat wajar bagi mereka untuk meminta maaf. Apatah lagi jika sebaliknya.Apa yang lebih penting, selain rasa tanggungjawab untuk sentiasa meminta maaf kepada sesama manusia terhadap apa juga kesalahan yang telah dilakukan, kita juga bertanggungjawab untuk sentiasa memohon keampunan daripada ALLAH pada setiap waktu.

Tiada sesiapa pun di dunia ini yang bersifat maksum (terpelihara daripada dosa dan kesalahan) melainkan para nabi dan rasul yang telah menjadi pilihan ALLAH untuk menjadi contoh dan ikutan terbaik bagi umat manusia.Janganlah mudah alpa akibat dibuai keseronokan dunia sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba yang sentiasa mengharapkan rahmat dan keredhaan daripada ALLAH.Sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengampun kepada hamba-NYA yang tidak jemu memohon keampunan atas segala dosa yang telah dilakukan, sama ada nyata mahupun tersembunyi. Firman ALLAH berkaitan hal ini di dalam al-Quran:Dan (ingatlah) ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. - Surah al-Nisa’ : 25Memohon keampunan kepada ALLAH merupakan amalan yang terpenting dalam usaha menjadi hamba-NYA yang sentiasa mendapat keredhaan hidup dunia serta akhirat.

Bacaan zikir dan doa memohon keampunan kepada ALLAH adalah antara cara terbaik untuk menghapuskan dosa kesalahan yang dilakukan. Hal ini seperti mana yang diajarkan oleh Rasulullah, ketika ‘Aisyah binti Abu Bakar bertanya kepada baginda:“Wahai Rasulullah. Apa pandanganmu sekiranya aku mengetahui malam yang mana berlakunya lailatulqadar, apakah yang perlu aku ucapkan pada malam itu?” Rasulullah bersabda: “Ucapkanlah: Ya ALLAH, sesungguhnya ENGKAU Maha Pengampun, suka kepada pengampunan, maka ampunilah aku.”

Regards,
Zai

Thursday, 1 August 2013

Solat sunat sebelom dan selepas solat fardhu

Tajuk disengajakan berbentuk simple agar jemaah yang bersolat terawih di masjid/surau yang hanya duduk-duduk sewaktu solat ba’diah Isyak sebelum solat terawih bermula berminat membaca artikel ini. Bagus jika berzikir tapi alangkah baiknya kita solat sunat rawatib sebagai ‘menampal kekurangan’ solat fardu.Rawatib berasal daripada perkataan ‘raatib‘ yang bermaksud berterusan.

Oleh kerana itu Solat Sunat Rawatib dilakukan beriringan secara berterusan sebelum dan selepas solat fardhu lima waktu.Solat Sunat Rawatib biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunatBa’diyyah (selepas).

Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu..Selepas azan Zuhur dianjur mengerjakan solat Qabliyyah dua rakaat. Apabila cukup waktu kerjakanlah dua rakaat lagi. Setelah selesai solat fardhu Zuhur, kerjakanlah solat Ba’diyyah dua rakaat pula, bila ada masa tambahkanlah dua rakaat lagi.

Rasulullah SAW bersabda:
 “Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka” 

(H.R. Abu Daud & Tirmidzi)Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; 
“Semoga Allah merahmati orang yang solat sunat Zuhur empat rakaat.” 

(Hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmizi r.a.)Pada Solat Sunat Rawatib sebelum Asar (Qabliyyah) adalah dua hingga empat rakaat manakala selepas Asar tidak ada rawatib Ba’diyyah.  Rasulullah SAW bersabda: 
“Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka”  (H.R. At-Tabrani).

Selepas solat fardhu Maghrib kita boleh melakukan Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah sebanyak dua rakaat dan solat Maghrib tidak ada Rawatib Qabliyah. Pada solat Isyak terdapat dua rakaat Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan dua rakaat Ba’diyyah. Adapun untuk solat Subuh, hanya ada dua rakaat sebelumnya (Qabliyyah), Solat Subuh tidak ada Solat Rawatib Ba’diyyah malah makruh solat selepas subuh..Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai keutamaan Solat Sunat Rawatib.

Jumlah yang mu’akkad (digalakkan) ialah 10 raka’at atau 12 raka’at, dalilnya:

عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ

Dari Ibnu Umar bahawa; “Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaatseusai Isyak (juga di rumah) dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” (HR Bukhari-Muslim, Bukhari).

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ

Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan  solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudahMaghrib, 2 rakaat  selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)..

Regards
Zai

When Men start to cook!

Sebagai suri rumah selama 2 minggu, haaa ni la kerjanye..

11.00am siap2 kemas umah, pegi pasar beli ayam..
3.00pm start basoh ayam **bkn aku yg basoh pon** hihi
4.00pm start masak!!!!

Ape ingt lelaki x pandai masak?? Haaa..xtawla rasa die ape kan..tggu waktu berbuka nt la baru dpt taw rasanye..hihi..hopefully ok kot..

2 jenis hidangan utk ptg ni:
1) ayam goreng yg ditabur sambal atas die.
2) sayur bendi gorenv dgn kicap..err ade cuka sikit..hihi..

Selamat berbuka!

Regards,
Zai

Wednesday, 31 July 2013

Sedarla wahai orang islam!

Assalammualaikum, Sedikit renungan untuk kita bersama...

Tiga orang lelaki yang sedang mabuk bertanding untuk menentukan siapa yang paling kejam.
Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, lebam kedua biji matanya dan darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu. Akhirnya perempuan itu jatuh ketakutan dan badannya menggeletar.
Dia berpusing menghadap dua lelaki dan berkata dengan bangganya,

“Akulah orang yang paling kejam”,
Tidak berpuashati, lelaki kedua bangun dan mengoyak baju perempuan itu, memperkosanya dan terus mencekik perempuan itu sehingga perempuan itu mati.
Dan dia berkata “Tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku”.
Lelaki ketiga pula bangun dan tersenyum. Dia menjawab
“Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku”

Perempuan itu adalah Palestin/Syria/Rohingya/Mesir.
Lelaki pertama ialah Israel.
Lelaki kedua adalah Amerika Syarikat.
Lelaki ketiga pula ialah Umat Islam yang hanya berdiam diri dan melihat apa yang terjadi.
Tahniah kepada Umat Islam!!
berdiam diri dan melihat kekejaman dihadapan kita, itu sahaja yang mampu kita buat..
mahukah kita jadi seperti lelaki ketiga ini???

Sedarla wahai umat islam..

siapa tahu dengan artkel ini lebih ramai ummat islam yang akan sedar dari tidur lenanya..
ayuh kita bersatu demi islam, bantulah seboleh yang mampu..

Sama-samalah kita muhasabah diri..
sejauh mana usaha kita untuk menolong saudara-saudara Islam kita.. renung sejenak sebanyak mana doa yg kita telah hadiahkan
Umat Islam itu lemah kerana mereka JAUH daripada agama mereka sendiri... Allahuakhbar!!!

New job! New company! New position!

Alhamdulillah.  Syukur kepada allah kerana telah memberi seribu rahmat pada permulaan bulan ramadhan yg mulia ini. Allah bg petunjuk n jalan utk membuat pilihan yg mana lbh baik..

Ok..keputusan dh dibuat..kontrak pn dh review..tinggal nk mula keje je..start date on 15 aug..Alhamdulillah selepas raya.. hihi..good good! Mood nk raya dh smpai..

Secara sahnye, harini 31 july 13 is my last day working with petrofac engineering n construction sdn bhd. Xde yg tinggal melainkan kenangan manis dan PAHIT di sini.. kenapa PAHIT ni huruf besar?? Hehe sb yg pahit tu la yg kita akn sentiasa ingt..ok.. selamat tinggal petrofac. Semoga kekalkan reputasi sbg epcc yg plg top di asia!

Menganggur la jawabnye selama 2 minggu..hehe.. bgn tido, tgk tv, mkn, tido..hihihi. xpe..rezeki di tangan allah. Allah lbh taw kerana die la penentu segalanya. Kite hanya berusaha..

X sabar rasanye nk mula kerja baru..hehe..
Org kata, jgn over confident.  Nt lain jdnye..ok2..cool..relex..saba..hehe xdehal..
Tq allah. Akan ku bersyukur atas pemberian mu ini.

Regards,
Zai

Sunday, 28 July 2013

Despicable Me: Minion Rush game's review : Temple Run style game play, but with minions!

In Despicable Me: Minion Rush you're tasked with the job of overcoming lots of obstacles in order to become employee of the year and impress your super villain boss, Gru. Flicking and swiping the screen as well as tilting it will guide your minion through each course. The object is to get through each level without running into any obstacles along the way. If you're a fan of Temple Run games, you'll find Minion Rush just as enjoyable, if not more.

It's AWESOME!!

As you play Minion Rush, you'll want to make sure you collect all the tokens and bananas you can because if you run into something, you'll have to cough up some of them in order to continue. Each time you run into an obstacle during a level the amount of bananas or tokens you'll need to advance becomes larger. If you don't have any, you can either start the level over again or buy more tokens and bananas for real world money.

The good

Any Despicable Me fan will love the interaction with all their favorite charactersTemple Run style game play makes it easy to pick up on but challenging at the same timeInteraction with friends is entertaining to say the least

The bad

Tokens and bananas can get quite expensive if you decide to buy them in real money

The bottom line

Despicable Me: Minion Rush brings with it some of our favorite styles of game play paired with adorable characters and even unicorns. If you're a Temple Run fan, you'll love the general game play. The bonus rounds and additional content make it even more entertaining.While bananas and tokens are a little on the expensive side, you're never forced to buy them and you're welcome to just start levels over until you get good enough to pass them without running into obstacles.

Try it and u will know the awesomeness of minion!!!

Regards
Zai