Sunday, 8 September 2013

Ambil Iktibar dari sejarah Turki - Kisah Mustafa Kemal Ataturk jasad tidak diterima bumi.

Ambil Iktibar dari sejarah Turki - Kisah Mustafa Kemal Ataturk jasad tidak diterima bumi.

 Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan Presiden Turki yang pertama.Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmat sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin. Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu.

Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.  Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah.Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Dosa Mustafa Kemal:
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak Barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang Barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara Islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “Siapa Tuhan dan di mana Tuhan tinggal?”. Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab “Kamal Atartuk adalah Tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.   

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.

Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka yang bertanggungjawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia.

Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “Jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!”

Regards ,
Zai

Monday, 19 August 2013

Toughbook!

Oh toughbook..why u are so heavy..
8kgs! I have to carry u daily to offshore. OMG.

Ok xpe, sure ak taf lepas ni..hahaha..
Berat kot..dh la x leh tinggal merata..kalo hilang, kene ganti.. kalo murah xpela jgk, ni sama harga ngn saga BLM.. damn!

Berhati-hati la lps ni..mana la taw ade org nk rompak ke bagai kan..hihi..

Bos..kalo rosak sy xtaw..hihi..

Regards
Zai

Sunday, 18 August 2013

Vanilla!

Dear Vanilla.

What a difference two years makes…

You haven’t left my thoughts. Ever. Not even once. To put it quite simply, I miss you. I miss the way you would confide in me. I miss the stories you would unfold in my ears. I miss feeling your smile even if it was only on the phone. I miss every moment lived with you. I despise every moment without you. I miss the portrait I’ve painted of you with my mind. And I could spend hours trying to explain why it still hurts, but it’s quite complicated and all I know is that I miss you. And sometimes I’d rather not know that you miss me too.

I would love to know why the thought of you still keeps me restless at the oddest hours of the day, but what I would love even more is to know if I have the same effect on you. Your eyes are still my favorite place to get lost in. Your heart is still the only place I can call home. Your arms are the single greatest comfort I’ve come to know. And call me crazy, but I don’t think you’ll ever understand the effect your smile has on me.

I miss the paradoxical feeling of having my lungs filled with the sweetest air possible, yet still feel so breathless.It terrified me that I had the responsibility of catching you when you said you were falling in love with me after I confess my true feelings to you. I traded away the happiness I found in your hands that fit so perfectly with mine. I traded away the way you made me feel that nothing else has compared or even come close to. And I’m afraid that nothing ever will.

Think of this as a simple love letter- full of emotions I cannot express, telling you everything you should hear with the words only my heart could comprehend. You are everything when I’m convinced that I should be nothing at all. Simply put, thank you. For every second of your time, every ounce of your patience, every bit of your effort, and every drop of your love.For always

U are my vanilla.

Regards
Zai a.k.a imi

Viper challenge!

Oh my....

2nd day in my new office, I was instructed to join a marathon game! Thi is seriously shit.

Its a 20km running game with various obstacles.  Crawling, jumping on the wall, monkey bar, uphill downhill, walk through ice, etc2. Ohh its totally challenge our physical, mind and mentality.

Ok ok.. I have to..6.00am, wake up in the morning,  drive to sepang international circuit, meet the team n its started!

By hook or by crook, I have to survive. Poooommmmp! We started our run..one by one obstacle pass.. exhausted, need waters! Oh my goodness.. im so sick!  I was not born for this game..its too tiring..im not fitness freak..
But..with the spirit of teamwork that we have, I manage to finish the run till finishing line.

I got medals, shirts and certificate which certified "I survived ASIA BIGGEST CHALLENGE"..Its totally awesome..
#worth it#self satisfaction#mentally effect#physically effect#injuries #painfull

Fuck it..this is not my game..hahaha.. enough is enough. This is my last marathon.

Btw, I survived asias biggest challenge.  Are u??

Regards
Zai

Friday, 16 August 2013

Day 2! ROSEN ASIA PACIFIC

Alhamdulillah, things goes smoothly.

I suppose to receive my "tought book" a.k.a lappy provided by company but there's se urgent case happened to our IT guy today. Unexpected. 

Slot was fully book till end of next week. Training session with HR department since 10am till 5pm, introduction to business section of Rosen. Ohh its kind of amazing business to deal with! Not much to say, its Awesome!

Hopefully I can perform with this environment. This is what im looking for.

Last but not least, bumble bew in da house! Hahaha.. we will be just fine..

Regards
Zai

Thursday, 15 August 2013

Finally! Day 1 with ROSEN ASIA PACIFIC

Alhamdulillah.. finally!

Allah have given me a way for my next career path and opefully this is the long term employment.

Day 1 had passed smoothly. Woke up early in the morning, moce to office, report duty to human resources department, meeting department manager and the team, training etc2..

Fuhhh...exhausted.. not so much to do today since still not received my lappy as promised. No problemo.. tomorrow will be.......errmmm.. I don't know..hihi..

The most important thing is, im happy with this kind of working environment.  Hopefully it will remain as it is.

Regards,
Zai

Saturday, 3 August 2013

Nabi Muhammad s.a.w seorang yg pemaaf!

Amalan Meminta Maaf Perlu Jadi BudayaMENJADI seorang yang memiliki sifat pemaaf amat dituntut oleh Islam. Ia bukan sahaja menonjolkan peribadi muslim yang berakhlak mulia dan berbudi pekerti tinggi, malah turut mencerminkan keindahan Islam sebagai agama samawi (agama wahyu ILAHI) yang meraikan fitrah kejadian manusia.Hakikatnya, ungkapan ‘maaf’ amat mudah diucapkan, tetapi sebenarnya amat sukar untuk dipraktikkan.

Di dalam al-Quran, ALLAH menjelaskan bahawa perbuatan meminta dan memberi maaf adalah antara amalan mulia yang melayakkan seseorang muslim mendapat ganjaran yang tinggi di sisi-NYA:Terimalah kemaafan dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) daripada orang yang jahil. - Surah al-A‘raf : 199Sesungguhnya sifat pemaaf ini memang telah sebati dalam jiwa dan akhlak Rasulullah.

Melalui sirah kehidupan baginda, dapat dilihat bahawa apa sahaja celaan dan cabaran hebat yang dihadapi, terutama ketika dipulau serta dihalau dari bumi Mekah, tidak sekali pun diambil endah.Malah, baginda membalas kesemua perlakuan buruk itu dengan layanan terbaik kepada individu yang menyakitinya.

Ini terbukti apabila baginda berjaya membuka kota Mekah. Maka, sebagai pemerintah yang sentiasa mendapat petunjuk daripada ALLAH, baginda tidak sesekali membalas apa juga keburukan yang telah diterimanya suatu ketika dahulu.

Sifat sabar dan pemaafnya Rasulullah dapat dilihat secara jelas. Antaranya apabila Rasulullah dihina oleh penduduk Ta’if yang tidak mahu menerima kedatangan baginda ke tempat mereka untuk tujuan menyebarkan dakwah.Rasulullah telah dibaling batu oleh sekumpulan kanak-kanak sehingga datang malaikat lalu menawarkan kepada baginda untuk memusnahkan mereka yang melampau itu. Dengan penuh sabar, Rasulullah menolak tawaran tersebut, sebaliknya berdoa kepada ALLAH agar penduduk tersebut diberikan hidayah-NYA. Selain sifat sabar, peristiwa ini turut membuktikan bahawa Rasulullah memiliki sifat pemaaf yang mulia.

Sifat pemaaf inilah merupakan antara aset penting yang menyebabkan Rasulullah dipandang mulia oleh masyarakat Arab pada zaman tersebut, meskipun sebahagian mereka menolak ajaran Islam yang dibawa baginda.Ketinggian peribadi Rasulullah ini bersesuaian dengan tujuan baginda diutuskan ke dunia iaitu untuk menyempurnakan akhlak umat manusia. ALLAH telah memperakui ketinggian budi pekerti Rasulullah yang wajib dicontohi oleh umat Islam di dalam al-Quran:32Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu, (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) ALLAH dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak mengingati ALLAH. - Surah al-Ahzab : 21Sabda Rasulullah juga menjelaskan perkara ini:Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.- Hadis riwayat AhmadDalam konteks kehidupan masa kini, amalan meminta maaf dan sifat pemaaf perlu disemai pada diri setiap individu muslim.

Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menyemai nilai murni ini pada diri anak-anak agar ia mudah dipraktikkan dalam kehidupan harian.Perasaan malu untuk mengaku kesalahan sendiri akan menjadikan amalan meminta maaf lenyap dari dalam diri seseorang muslim. Inilah fenomena yang amat membimbangkan apabila manusia sentiasa berada dalam zon selesa, merasakan kesalahan sebagai perkara biasa, sambil mengetepikan hak dan perasaan orang lain.

Sikap mudah rasa bersalah walaupun atas perkara-perkara remeh perlu ditanam dalam diri setiap individu muslim. Hakikatnya, tanpa sikap maaf-memaafi antara satu sama lain, kehidupan manusia akan terus dibelenggu dengan pelbagai masalah, khususnya yang berkaitan aspek kehidupan bermasyarakat.Tidak dinafikan, amalan meminta maaf dan sifat pemaaf berkait rapat dengan ego manusia yang sememangnya tergolong dalam kategori nafsu yang sentiasa mengarah kepada keburukan.

Mana mungkin seseorang yang bersalah sanggup berdepan dengan pihak yang teraniaya dan meminta maaf kepadanya jika ego masih menebal dalam diri.Sebenarnya, amalan meminta maaf dan sifat pemaaf juga mempunyai kaitan dengan sifat sabar. Melalui sifat sabar, ego dapat ditundukkan. Maka, lahirlah perasaan mudah untuk meminta maaf dan memberi kemaafan kepada pihak lain.Tanpa kesabaran yang tinggi dalam mendepani apa juga masalah serta cabaran, maka manusia akan jauh daripada amalan meminta maaf dan sifat pemaaf.

ALLAH telah mengingatkan kita betapa pentingnya sifat sabar dalam diri setiap muslim menerusi firman-NYA:Maka bersabarlah dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya. - Surah al-Ma‘arij : 5Dan bersabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya ALLAH bersama orang yang sabar. - Surah al-Anfal : 46Amalan meminta maaf dan sifat pemaaf seharusnya menjadi budaya dalam kehidupan seharian bagi mereka yang bergelar muslim sejati.

Janganlah menjadikan amalan murni ini sesuatu yang bermusim sahaja. Ia satu tanggapan yang kurang tepat jika kita hanya mengamalkannya apabila menjelang hari raya yang tiba setahun sekali.Seharusnya amalan meminta maaf dan sifat pemaaf menjadi satu budaya bagi rakyat negara ini yang hidup dalam masyarakat majmuk.

Bagi orang Islam, sifat murni ini perlu dipraktikkan sama ada kepada sesama muslim mahupun mereka yang berlainan agama.Sesungguhnya setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dalam menjalani kehidupan di dunia yang penuh dengan keseronokan dan tipu daya.

Firman ALLAH:Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. - Surah Ali ‘Imran : 185Hakikatnya, amalan meminta maaf dan sifat pemaaf tidak tertumpu kepada golongan tertentu sahaja. Amalan meminta maaf bukan hanya amalan hamba terhadap tuannya, pekerja terhadap majikannya, murid kepada gurunya, rakyat kepada pemerintah, golongan muda kepada golongan tua.Bahkan, ia sebenarnya merupakan amalan yang dituntut kepada sesiapa sahaja yang melakukan kesilapan, tanpa mengira darjat dan pangkat. Malah, jika ibu bapa ada melakukan kesilapan kepada anak-anak, maka amat wajar bagi mereka untuk meminta maaf. Apatah lagi jika sebaliknya.Apa yang lebih penting, selain rasa tanggungjawab untuk sentiasa meminta maaf kepada sesama manusia terhadap apa juga kesalahan yang telah dilakukan, kita juga bertanggungjawab untuk sentiasa memohon keampunan daripada ALLAH pada setiap waktu.

Tiada sesiapa pun di dunia ini yang bersifat maksum (terpelihara daripada dosa dan kesalahan) melainkan para nabi dan rasul yang telah menjadi pilihan ALLAH untuk menjadi contoh dan ikutan terbaik bagi umat manusia.Janganlah mudah alpa akibat dibuai keseronokan dunia sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba yang sentiasa mengharapkan rahmat dan keredhaan daripada ALLAH.Sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengampun kepada hamba-NYA yang tidak jemu memohon keampunan atas segala dosa yang telah dilakukan, sama ada nyata mahupun tersembunyi. Firman ALLAH berkaitan hal ini di dalam al-Quran:Dan (ingatlah) ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. - Surah al-Nisa’ : 25Memohon keampunan kepada ALLAH merupakan amalan yang terpenting dalam usaha menjadi hamba-NYA yang sentiasa mendapat keredhaan hidup dunia serta akhirat.

Bacaan zikir dan doa memohon keampunan kepada ALLAH adalah antara cara terbaik untuk menghapuskan dosa kesalahan yang dilakukan. Hal ini seperti mana yang diajarkan oleh Rasulullah, ketika ‘Aisyah binti Abu Bakar bertanya kepada baginda:“Wahai Rasulullah. Apa pandanganmu sekiranya aku mengetahui malam yang mana berlakunya lailatulqadar, apakah yang perlu aku ucapkan pada malam itu?” Rasulullah bersabda: “Ucapkanlah: Ya ALLAH, sesungguhnya ENGKAU Maha Pengampun, suka kepada pengampunan, maka ampunilah aku.”

Regards,
Zai

Thursday, 1 August 2013

Solat sunat sebelom dan selepas solat fardhu

Tajuk disengajakan berbentuk simple agar jemaah yang bersolat terawih di masjid/surau yang hanya duduk-duduk sewaktu solat ba’diah Isyak sebelum solat terawih bermula berminat membaca artikel ini. Bagus jika berzikir tapi alangkah baiknya kita solat sunat rawatib sebagai ‘menampal kekurangan’ solat fardu.Rawatib berasal daripada perkataan ‘raatib‘ yang bermaksud berterusan.

Oleh kerana itu Solat Sunat Rawatib dilakukan beriringan secara berterusan sebelum dan selepas solat fardhu lima waktu.Solat Sunat Rawatib biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunatBa’diyyah (selepas).

Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu..Selepas azan Zuhur dianjur mengerjakan solat Qabliyyah dua rakaat. Apabila cukup waktu kerjakanlah dua rakaat lagi. Setelah selesai solat fardhu Zuhur, kerjakanlah solat Ba’diyyah dua rakaat pula, bila ada masa tambahkanlah dua rakaat lagi.

Rasulullah SAW bersabda:
 “Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka” 

(H.R. Abu Daud & Tirmidzi)Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; 
“Semoga Allah merahmati orang yang solat sunat Zuhur empat rakaat.” 

(Hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmizi r.a.)Pada Solat Sunat Rawatib sebelum Asar (Qabliyyah) adalah dua hingga empat rakaat manakala selepas Asar tidak ada rawatib Ba’diyyah.  Rasulullah SAW bersabda: 
“Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka”  (H.R. At-Tabrani).

Selepas solat fardhu Maghrib kita boleh melakukan Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah sebanyak dua rakaat dan solat Maghrib tidak ada Rawatib Qabliyah. Pada solat Isyak terdapat dua rakaat Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan dua rakaat Ba’diyyah. Adapun untuk solat Subuh, hanya ada dua rakaat sebelumnya (Qabliyyah), Solat Subuh tidak ada Solat Rawatib Ba’diyyah malah makruh solat selepas subuh..Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai keutamaan Solat Sunat Rawatib.

Jumlah yang mu’akkad (digalakkan) ialah 10 raka’at atau 12 raka’at, dalilnya:

عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ

Dari Ibnu Umar bahawa; “Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaatseusai Isyak (juga di rumah) dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” (HR Bukhari-Muslim, Bukhari).

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ

Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan  solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudahMaghrib, 2 rakaat  selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)..

Regards
Zai

When Men start to cook!

Sebagai suri rumah selama 2 minggu, haaa ni la kerjanye..

11.00am siap2 kemas umah, pegi pasar beli ayam..
3.00pm start basoh ayam **bkn aku yg basoh pon** hihi
4.00pm start masak!!!!

Ape ingt lelaki x pandai masak?? Haaa..xtawla rasa die ape kan..tggu waktu berbuka nt la baru dpt taw rasanye..hihi..hopefully ok kot..

2 jenis hidangan utk ptg ni:
1) ayam goreng yg ditabur sambal atas die.
2) sayur bendi gorenv dgn kicap..err ade cuka sikit..hihi..

Selamat berbuka!

Regards,
Zai

Wednesday, 31 July 2013

Sedarla wahai orang islam!

Assalammualaikum, Sedikit renungan untuk kita bersama...

Tiga orang lelaki yang sedang mabuk bertanding untuk menentukan siapa yang paling kejam.
Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, lebam kedua biji matanya dan darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu. Akhirnya perempuan itu jatuh ketakutan dan badannya menggeletar.
Dia berpusing menghadap dua lelaki dan berkata dengan bangganya,

“Akulah orang yang paling kejam”,
Tidak berpuashati, lelaki kedua bangun dan mengoyak baju perempuan itu, memperkosanya dan terus mencekik perempuan itu sehingga perempuan itu mati.
Dan dia berkata “Tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku”.
Lelaki ketiga pula bangun dan tersenyum. Dia menjawab
“Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku”

Perempuan itu adalah Palestin/Syria/Rohingya/Mesir.
Lelaki pertama ialah Israel.
Lelaki kedua adalah Amerika Syarikat.
Lelaki ketiga pula ialah Umat Islam yang hanya berdiam diri dan melihat apa yang terjadi.
Tahniah kepada Umat Islam!!
berdiam diri dan melihat kekejaman dihadapan kita, itu sahaja yang mampu kita buat..
mahukah kita jadi seperti lelaki ketiga ini???

Sedarla wahai umat islam..

siapa tahu dengan artkel ini lebih ramai ummat islam yang akan sedar dari tidur lenanya..
ayuh kita bersatu demi islam, bantulah seboleh yang mampu..

Sama-samalah kita muhasabah diri..
sejauh mana usaha kita untuk menolong saudara-saudara Islam kita.. renung sejenak sebanyak mana doa yg kita telah hadiahkan
Umat Islam itu lemah kerana mereka JAUH daripada agama mereka sendiri... Allahuakhbar!!!

New job! New company! New position!

Alhamdulillah.  Syukur kepada allah kerana telah memberi seribu rahmat pada permulaan bulan ramadhan yg mulia ini. Allah bg petunjuk n jalan utk membuat pilihan yg mana lbh baik..

Ok..keputusan dh dibuat..kontrak pn dh review..tinggal nk mula keje je..start date on 15 aug..Alhamdulillah selepas raya.. hihi..good good! Mood nk raya dh smpai..

Secara sahnye, harini 31 july 13 is my last day working with petrofac engineering n construction sdn bhd. Xde yg tinggal melainkan kenangan manis dan PAHIT di sini.. kenapa PAHIT ni huruf besar?? Hehe sb yg pahit tu la yg kita akn sentiasa ingt..ok.. selamat tinggal petrofac. Semoga kekalkan reputasi sbg epcc yg plg top di asia!

Menganggur la jawabnye selama 2 minggu..hehe.. bgn tido, tgk tv, mkn, tido..hihihi. xpe..rezeki di tangan allah. Allah lbh taw kerana die la penentu segalanya. Kite hanya berusaha..

X sabar rasanye nk mula kerja baru..hehe..
Org kata, jgn over confident.  Nt lain jdnye..ok2..cool..relex..saba..hehe xdehal..
Tq allah. Akan ku bersyukur atas pemberian mu ini.

Regards,
Zai

Sunday, 28 July 2013

Despicable Me: Minion Rush game's review : Temple Run style game play, but with minions!

In Despicable Me: Minion Rush you're tasked with the job of overcoming lots of obstacles in order to become employee of the year and impress your super villain boss, Gru. Flicking and swiping the screen as well as tilting it will guide your minion through each course. The object is to get through each level without running into any obstacles along the way. If you're a fan of Temple Run games, you'll find Minion Rush just as enjoyable, if not more.

It's AWESOME!!

As you play Minion Rush, you'll want to make sure you collect all the tokens and bananas you can because if you run into something, you'll have to cough up some of them in order to continue. Each time you run into an obstacle during a level the amount of bananas or tokens you'll need to advance becomes larger. If you don't have any, you can either start the level over again or buy more tokens and bananas for real world money.

The good

Any Despicable Me fan will love the interaction with all their favorite charactersTemple Run style game play makes it easy to pick up on but challenging at the same timeInteraction with friends is entertaining to say the least

The bad

Tokens and bananas can get quite expensive if you decide to buy them in real money

The bottom line

Despicable Me: Minion Rush brings with it some of our favorite styles of game play paired with adorable characters and even unicorns. If you're a Temple Run fan, you'll love the general game play. The bonus rounds and additional content make it even more entertaining.While bananas and tokens are a little on the expensive side, you're never forced to buy them and you're welcome to just start levels over until you get good enough to pass them without running into obstacles.

Try it and u will know the awesomeness of minion!!!

Regards
Zai

Friday, 26 July 2013

Hebatnye Doa Orang Teraniaya!

Pengarang : Ust. Syamsuddin Noor
Aliha Bahasa: Nabila Abdul Jalil
Di Semak Oleh : Panel Editor Hidayah
Muka Surat: 228



Keterangan Buku Betapa hebatnya doa orang yang teraniaya itu, kenapa? Di antara dirinya dengan Tuhan tidak ada hijab. Segala apa yang diucap dan diluahkannya, didengari oleh Allah S.W.T.

Peringatan buat kita semua, agar jangan sesekali menganiaya orang lain, baik dalam apa jua bentuk sekalipun. Sama ada dari segi perbuatan, perkataan, tulisan dan sebagainya. Lebih-lebih lagi di zaman teknologi maklumat dan sistem perhubungan yang serba canggih ini. Penganiayaan boleh berlaku di dunia maya atau siber tanpa kita sedar atau sengajakan. Tunaikah dan berikanlah hak kepada orang lain sebagaimana yang sepatutnya.
 
Yang penting dan mesti kita ingati ialah doa orang teraniaya itu begitu makbul sekali. Dan mereka ini akan dibela oleh Allah Yang Maha Pengasih clan Penyayang, Lagi Maha Mendengar.
Kisah-kisah silam telah membuktikan betapa Allah mengabulkan doa mereka yang teraniaya ini. Kisah-kisah ini bukan sahaja berlaku di zaman dahulu malah ada juga kisah-kisah yang telah terjadi masa sekarang. Bacalah dan hayatilah buku ini, semoga ia membuahkan perasaan cinta dan sayang di dalam hati kita dan menghapuskan rasa dengki dan dendam yang membawa kemusnahan.

Regards,
Zai

Thursday, 25 July 2013

Resignation period! Oh my...

Hmm..there's some weird feeling in my head now..durghhh..dh nk resign pn..hmmm tu la die manusia.. ssh sgt nk berubah hati..Tp..apakan daya.. my last day will be on 31 july 13!! Omg!! Its a nice number..3113..haha not for 4D!! Okey!! Few more days to go..

"people are resigning not because of the company, but it is because of the management itself"

Maybe im not belong here yet. People are expecting moon and stars from me which I cant delivered even an earth. Hihihi.

Hmm..im gonna miss my cubical, my documents, drawings, products catalogue, oohhhmy pc, and my chair as well! Damn!

Take it positively, move forward, improve my self! Yeah. Im gonna bring something valuable for future development in this industry. 

Regards,
Zai

Yamaha R6 2013 - review

Tidak Ramai yang tahu ape yg superbike mampu buat pada 'adrenaline' level dlm badan kite. haaaa..belom cuba belom taw. sekali naik dh xmo turun dah..hahaha.. that was my experience laaa. darah muda kot..

Bayangkan perjalan darah yg laju giler dlm badan, dari kaki ke otak, tambah pulak semangat org muda yg membuak-buak umpama Valentino Rossi. Fuhhh..Awesome!

Faktor utama yg memberi kepuasan dlm tuanggangan adalah daripada kekuatan dan kemampuan jentera itu sendiri. Kalo semangat membuak buak tp Jentera x power, x kemana jgk kan. Ok, kat sini admin nk promotekan satu jentera power. mmg hebat !!

"The name is Yamaha YZF-R6, a Japanese demon on two wheels born on the realm of World Super Sport Racing Program. Even if the 2007 version was a nearly perfect motorcycle, Yamaha decided to improve it even more and we’re glad to notice that the result is nothing short of excellent. A few technical tweaks, some design touches and a slightly increase performance help the YZF-R6 stay in front of the 600 cc pack.
Powered by a compact, lightweight 599cc DOHC 16-valve, liquid-cooled titanium-valved four-cylinder engine mated on a magnesium subframe the new Yamaha YZF-R6 is waiting for you to burn some rubber."

Features :
  • Light, powerful, and bristling with knowledge gained from years of racing, the YZF-R6 is the most advanced production 600cc motorcycle Yamaha—or anybody else—has ever built.
  • The YZF-R6 was the first production motorcycle with YCC-T®, Yamaha Chip Controlled Throttle system—for flawless response under all conditions.
  • YCC-I®, Yamaha Chip Controlled Intake, is used on the R6 to vary intake tract length for excellent cylinder filling and a broader powerband.
  • Back torque-limiting slipper-type clutch greatly facilitates braking/downshifting from high speed. Close-ratio 6-speed transmission delivers seamless power and maximum acceleration.

Admin mmg minat moto ni. mmg power. Bile ride 180km/hr, terasa macam kite ni "back to the future".. hahaha.. Kiri kanan jalan mmg x nampak dh..cuma nampak jalan je. Tp admin cuba yang model lama.
Model baru ni dh macam2 perubahan. Sensor sana sini untuk nk make sure kestabilan keadaan motor ketika tunggangan. Papepon, mmg TERBAIK!!!

Admin bg 8 bintang dari 10.. Hihiihihi..

Regards,
Zai









Wednesday, 24 July 2013

Simptom Serangan Jantung!

1. Cemas
Serangan jantung boleh menimbulkan rasa cemas atau ketakutan atas kematian.

2. Sakit dada
Memang tak semua sakit dada menjadi penunjuk serangan jantung. Rasa sakit ini kadang diibaratkan seperti dada yang dihempap sesuatu yang berat.

3. Batuk atau bersin terus-menerus
Boleh menjadi simptom sakit jantung akibat pengumpulan cecair di paru-paru.

4. Pening
Jangan menganggap remeh pening ini kerana ini boleh saja boleh menyebabkan sakit jantung.

5. Penat
Merasa kepenatan sepanjang hari boleh menjadi simptom dari kegagalan jantung berfungsi dengan sempurna.

6. Mual atau tidak nafsu makan
Sebenarnya bukan perkara yang biasa ketika serangan jantung, seseorang merasa sakit perut atau muntah. Namun, pembengkakan di bahagian perut yang dikaitkan dengan sakit jantung memang boleh mengganggu nafsu makan.

7. Sakit di bahagian tubuh lain
Dalam kebanyakan serangan jantung, rasa sakit bermula dari dada dan menyebar ke bahu, lengan, siku, punggung, leher, rahang, atau perut. Ada kalanya mereka yang mengalami serangan jantung tidak merasakan sakit dada. Hanya ada rasa sakit di kawasan tubuh yang lain. Rasa sakit pun boleh datang dan pergi.

8. Denyut jantung cepat atau tidak teratur
Semasa denyut jantung cepat dan tidak teratur, apalagi apabila rasa lemas, atau nafas pendek, boleh menjadi tanda serangan jantung, sakit jantung, ataupun aritmia.

9. Sukar bernafas
Ada kalanya seseorang yang mengalami serangan jantung tidak merasakan sakit atau tekanan di dada, tetapi merasa kesulitan bernafas.

10. Berpeluh
Perlu waspada kalau tiba-tiba anda berpeluh padahal sedang duduk di kerusi.

11. Tubuh bengkak
Sakit jantung boleh menyebabkan cecair terkumpul di dalam tubuh. Akibatnya di bahagian tubuh seperti kaki, perut, dan pergelangan kaki, bengkak.

12. Sangat lemah
Mereka yang mengalami serangan jantung merasakan rasa lemah yang amat sangat. Rasanya mereka tidak boleh memegang sehelai kertas di antara jarinya

Regards,
Zai

Tips bangun pagi yang sihat!

1. Regangan
Lakukan regangan secara perlahan, seperti melakukan gerakan yoga atau memutar tubuh ke kanan dan ke kiri. Gerakan ini akan membantu tubuh mengumpulkan tenaga, dan membuat fikiran anda fokus. Rasa pening-pening lalat yang kerap terjadi akibat bangun terlalu pagi pun lenyap.Solat Subuh dilakukan dengan pergerakan perlahan-lahan boleh dijadikan regangan juga.


2. Bergerak
Lakukan beberapa gerakan untuk melancarkan peredaran darah. Melakukan crunch (berbaring dengan lutut tertekuk lalu mengangkat kepala, leher, dan pundak), push-up, atau melompat-lompat ringan, juga cukup membantu.Lebih sesuai dilakukan selepas solat Subuh.

3. Hindari terlalu banyak kafein
Kafein memang boleh membuatkan anda ‘mata terang’ sepanjang hari, namun mengambilnya secara berlebihan (lebih dari dua cawan pada pagi hari) boleh membuat anda lemah pada tengah hari. Satu cawan saja sudah cukup membuat kadar tenaga anda stabil.

4. Minum
Ketika tidur, tubuh anda menggunakan simpanan air dan kerananya kita akan kehilangan cairan semasa anda bangun. Rehidrasi tubuh anda dengan beberapa gelas air sejuk tidak hanya akan menyegarkan tubuh, tetapi juga membantu menstimulasi sistem saraf dan pencernaan anda. Minumlah air putih sebelum tubuh anda diisi apa pun.

5. Buat jadual teratur
Tubuh kita menyukai konsistensi. Mengikuti jadual tidur dan bangun yang sama setiap hari akan membuat tubuh lebih mudah bangun pada pagi hari. Anda pun akan merasa lebih bertenaga sepanjang hari.

6. Pilih alarm dengan ringtone sesuai
Siapa pun tak akan suka terbangun kerana suara weker yang memekakkan telinga. Anda juga boleh meningkatkan risiko terkena serangan jantung, kerana bunyi yang tiba-tiba kuat boleh merbahayakan orang yang ada masalah jantung. Pilih ringtone handphone yang memperdengarkan muzik yang lembut, yang membangunkan anda secara perlahan. Bila perlu, letakkan handphone jauh sedikit sehingga anda perlu bangun untuk menonaktifkannya.

7. Redupkan cahaya
Matikan komputer atau TV satu jam sebelum anda tidur. Cahaya terang boleh mengalihkan perhatian anda, sehingga otak lebih sukar beristirahat. Dengan suasana tidur yang lebih tenang, anda boleh tidur lebih lelap, dan tubuh menyesuaikan diri untuk bangun lebih awal.

8. Segera mandi
Hal yang sukar dilakukan semasa bangun pagi adalah mandi. Namun di situlah kuncinya. Segeralah mandi dengan air sejuk untuk membangunkan sistem saraf anda, dan membantu menyedarkan anda. Selesai mandi, tak ada lagi rasa malas kerana fikiran dan tubuh anda sudah “bangun”.

9. Sarapan
Setelah “berpuasa” sepanjaroti atau buah-buahan) akan membuat anda merasa lebih bersedia menghadapi aktiviti lebih awal.

ng malam, tubuh perlu tenaga untuk bergerak. Sarapan setiap pagi (meskipun hanya sekeping

10. Bernafas dalam-dalam
Bagi sebahagian orang, bangun pagi boleh menjadi detik paling mencemaskan. Bayangan mengenai apa yang harus dihadapi di tempat kerja, atau bagaimana mengatasi masalah dengan pasangan, akan segera memenuhi fikiran. Maka setelah anda bangun, ambil waktu untuk bernafas dalam-dalam untuk menenangkan tubuh dan fikiran.

Awali hari dengan tenang, agar segala aktiviti berjalan sesuai dengan mood baik anda.

Tuesday, 23 July 2013

Save Maryam!

Dear Malaysians a.k.a MUSLIM whose going read this blog sooner or later,

Pernah x tgk video "SAVE MARYAM" di you tube?? bila admin tgk video ni, barula admin sedar yg byk lg perkara lebih penting utk kite titik beratkan.

Video save maryam ni mengisahkan tentang keadaan "Islam" di Indonesia. Watak Maryam ni digunakan sebagai simbolik kepada populasi islam di sana. secara ringkasnye, "Maryam" dlm dilemma dimana pegangan/akidah islam nye tidak kukuh dan pada masa yg sama, Agama kristian mengabil peluang untuk mengajak "Maryam" mendalami krisian.thats the reason why the name of the video was given as SAVE MARYAM. Based on the video, Indonesia is the largest muslim community in the world with more or less 200 Million! ramai nye! admin pn tekejut..2 Millions of Muslim leaving islam every year for chrisianity. Betul ke ni???? mcm x boleh percaya je. Video ni diterbitkan setahun yang lalu di you tube.
http://www.youtube.com/watch?v=S6oDKyPmDgk


BOLEH PERCAYA KE?? atau pon ni satu PEMBOHONGAN??

Pada 20 july 2013, video in telah disahkan satu pembohongan dimana telah menggunakan nama Indonesia dan fakta2 yang tidah berasas sebagai propaganda pihak yg tidak bertanggung jawab. Boleh dikatakan mcm sindiket penipuan antabangsa la ni..buat video bagai n collect duit, tipu org sana sini.. haaa..refer to below link for "SAVE MARYAM's lies exposed".
http://www.youtube.com/results?search_query=Save+Maryam%27s+lies+exposed&oq=Save+Maryam%27s+lies+exposed&gs_l=youtube.3..0i10.1367004.1367004.0.1368377.1.1.0.0.0.0.125.125.0j1.1.0...0.0...1ac.1.11.youtube.ButvqExy_8g



Admin pon x pasti sejauh mana kebenaran kedua-dua video ini. ape yg kite boleh buat sebagai masyarakat islam yg berpendidikan, jangan lah mudah percaya pada mana2 sumber sebelom diteliti kesahihannye.

*****sigh*****

Terlalu byk penipuan..ohh manusia..
Ya Allah, Jauhkan la hamba mu ini daripada peyebaran fitnah.

Regards,
Zai

Koleksi teka teki lawak!

Teka-Teki Lawak pecah perot:

 1) Lubang ape yang rasanye hangat,nikmat dan nyaman?
> Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido balik.

2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
> Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M

3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
> Answer: Kuih salah bikin.

4) Binatang ape power Karate?
> Answer: Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.

5) Siape yang menemukan dompet kulit?
> Answer: Yang menemukan dompet kulit tu.. tolong pulangkan kepada saye.

7) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
> Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK'

8) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
> Answer: Pembohong...

9) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
> Answer: Usus

10) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
> Answer: Kutu rambut

11) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
> Answer: Neneknye si katak

12) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
> Answer: - Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'> - Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

13) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
> Answer: Dua-dua tak kenal korang...hehe

14) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
> Answer: Tukang gali kubur>

15) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
> Answer: Tahi hidung

16) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
> Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat..

17) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
> Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ke...

18) Gajah terbang dengan ape?
> Answer: Dengan susah payah......

Hihihi terlampau kusyuk membaca, korang x perasan pn kan yg admin ter skip no 6..hihi maap la ye..

Regards
Zai