Friday, 26 July 2013

Hebatnye Doa Orang Teraniaya!

Pengarang : Ust. Syamsuddin Noor
Aliha Bahasa: Nabila Abdul Jalil
Di Semak Oleh : Panel Editor Hidayah
Muka Surat: 228



Keterangan Buku Betapa hebatnya doa orang yang teraniaya itu, kenapa? Di antara dirinya dengan Tuhan tidak ada hijab. Segala apa yang diucap dan diluahkannya, didengari oleh Allah S.W.T.

Peringatan buat kita semua, agar jangan sesekali menganiaya orang lain, baik dalam apa jua bentuk sekalipun. Sama ada dari segi perbuatan, perkataan, tulisan dan sebagainya. Lebih-lebih lagi di zaman teknologi maklumat dan sistem perhubungan yang serba canggih ini. Penganiayaan boleh berlaku di dunia maya atau siber tanpa kita sedar atau sengajakan. Tunaikah dan berikanlah hak kepada orang lain sebagaimana yang sepatutnya.
 
Yang penting dan mesti kita ingati ialah doa orang teraniaya itu begitu makbul sekali. Dan mereka ini akan dibela oleh Allah Yang Maha Pengasih clan Penyayang, Lagi Maha Mendengar.
Kisah-kisah silam telah membuktikan betapa Allah mengabulkan doa mereka yang teraniaya ini. Kisah-kisah ini bukan sahaja berlaku di zaman dahulu malah ada juga kisah-kisah yang telah terjadi masa sekarang. Bacalah dan hayatilah buku ini, semoga ia membuahkan perasaan cinta dan sayang di dalam hati kita dan menghapuskan rasa dengki dan dendam yang membawa kemusnahan.

Regards,
Zai

1 comment:

  1. Yup, sgt hebat sebab pernah tengok sendiri yang doa tu Allah makbul kan :) cuma risau pulak, bila tgh2 rasa dianaiya tu, doa kelua macam2 kan, tgh marah semua doa kelua, ada antaranya dah Allah makbulkan, rasa bersalah pulak doa macam2, hehehe moral of d story, yes!jgn anaiya org sebab doa mereka sgt mustajab, sangat.

    ReplyDelete